collapsible example

Pelajar Aktif yang telah memperolehi 60% jumlah kredit dalam program berdasarkan jenis bidang pengajian yang ditawarkan oleh Fakulti.

Pelajar dikehendaki mendaftar LI di sistem eLI modul Daftar LI. Pelajar akan dibenarkan mengakses pencarian syarikat setelah penyelaras menyemak dan mengesahkan permohonan sekiranya jumlah kredit mencukupi 60%. Pelajar tahun 1 tidak dibenarkan membuat permohonan di dalam sistem. Pelajar juga perlu mendaftar subjek LI di Fakulti.

Pelajar dibenarkan memohon sekurang-kurangnya 3 tempat LI sahaja dan dikehendaki memilih hanya 1 tempat LI sahaja. Sebarang tawaran daripada syarikat akan dimaklumkan kepada PHI. PHI akan mengemaskini status penerimaan dan pelajar boleh menyemak melalui menu status mohon syarikat. Pelajar perlu memberi jawapan pilihan dengan kadar segera kepada PHI.

Urusan surat menyurat bagi permohonan kepada industri perlu melalui Fakulti. Pelajar dikehendaki mengisi Resume Pelajar di Sistem e-LI dan membawa bersama-sama resume yang telah dicetak ke pejabat am Fakulti. Segala urusan surat permohonan rasmi berlogo UTHM dan resume akan di hantar sendiri oleh pelajar.

Pelajar dikehendaki mengisi kad jawapan di sistem eLI modul Status Mohon Syarikat pada hari pertama atau selewat-lewatnya seminggu setelah melaporkan diri di Syarikat Latihan Industri. Kad jawapan wajib di isi bagi memudahkan penyelia anda menyelia anda di Syarikat Latihan Industri.

UTHM tidak menyediakan peruntukan kewangan untuk pelajar menjalani LI. Pelajar dilarang meminta sebarang imbuhan, upah atau elaun daripada organisasi kecuali merupakan pemberian daripada pihak organisasi anda Latihan Industri.

Yuran tertakluk kepada Pekeliling Bendahari (Peraturan Pembayaran Pelajar).

Semua pelajar UTHM adalah dilindungi oleh Skim Insuran Berkelompok, (rujuk Pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk keterangan lanjut).

Pejabat Hubungan Universiti dan Industri
UTHM 86400 Parit Raja
Batu Pahat Johor

No. Tel : 07-4537457 / 7590
No. Fax : 07-4536262
Emel : phi@uthm.edu.my

Pejabat Hubungan Universiti dan Industri
UTHM 86400 Parit Raja
Batu Pahat Johor

No. Tel : 07-4537457 / 7590
No. Fax : 07-4536262
Emel : phi@uthm.edu.my