Bulletin

1. Industrial Training Report 2016/2017 Download
2. Pautan Tawaran Penempatan Latihan Industri di Syarikat mengikut Zon Download
3. Panduan Latihan Industri LUAR NEGARA Download
4. Panduan dan Tatacara Penggunaan Sistem e-LI (DALAM NEGARA SAHAJA) Download
5. Jadual kerja latihan industri sem 3 sesi 2018/2019 Download
6. Panduan Latihan Industri dalam negara (Program Sarjana Muda dan Diploma) UTHM Download
7. Industrial Training Report 2018 Download
8. Tips Mohon Latihan Industri melalui email Download
9. Cover page for elogbook Download
10. Industrial Training Report 2019 Download
11. Tawaran Penempatan Latihan Industri 2019 & 2018 Download

Frequently Asked Questions(FAQ)

Pelajar Aktif yang telah memperolehi 60% jumlah kredit dalam program berdasarkan jenis bidang pengajian yang ditawarkan oleh Fakulti.

Pelajar dikehendaki mendaftar LI di sistem eLI modul Daftar LI. Pelajar akan dibenarkan mengakses pencarian syarikat setelah penyelaras menyemak dan mengesahkan permohonan sekiranya jumlah kredit mencukupi 60%. Pelajar tahun 1 tidak dibenarkan membuat permohonan di dalam sistem. Pelajar juga perlu mendaftar subjek LI di Fakulti.

Pelajar dibenarkan memohon sekurang-kurangnya 3 tempat LI sahaja dan dikehendaki memilih hanya 1 tempat LI sahaja. Sebarang tawaran daripada syarikat akan/perlu dimaklumkan kepada Jabatan Latihan Industri Pelajar, Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA). Jabatan Latihan Industri Pelajar akan mengemaskini status penerimaan dan pelajar boleh menyemak melalui menu status mohon syarikat. Pelajar perlu memberi jawapan pilihan dengan kadar segera kepada Jabatan Latihan Industri Pelajar.

a) Urusan surat menyurat bagi permohonan kepada industri boleh dicetak melalui sistem.
b) Pelajar perlu memilih syarikat dan mengesahkan pemilihan syarikat terlebih dahulu sebelum boleh mencetak surat permohonan.
c) Pelajar juga dikehendaki melampirkan surat permohonan bersama resume pelajar.
d) Resume pelajar boleh dicetak melalui sistem atau pelajar digalakkan menyediakan resume sendiri mengikut kreativiti pelajar masing-masing.
e) Segala urusan surat permohonan rasmi berlogo UTHM dan resume akan di hantar sendiri oleh pelajar.

Pelajar dikehendaki mengisi Surat Jawapan di sistem eLI modul Status Mohon Syarikat pada hari pertama atau selewat-lewatnya seminggu setelah melaporkan diri di Syarikat Latihan Industri. Pelajar diminta untuk kemaskini alamat terkini dalam tempoh seminggu tersebut. Surat Jawapan wajib di isi bagi memudahkan penyelia anda menyelia anda di Syarikat Latihan Industri. Kegagalan untuk mengemaskini maklumat dalam tempoh tersebut adalah ditanggung oleh pelajar bagi urusan sepanjang tempoh Latihan Industri dijalankan.

UTHM tidak menyediakan peruntukan kewangan untuk pelajar menjalani LI. Pelajar dilarang meminta sebarang imbuhan, upah atau elaun daripada organisasi kecuali merupakan pemberian daripada pihak organisasi anda Latihan Industri.

Yuran tertakluk kepada Pekeliling Bendahari (Peraturan Pembayaran Pelajar).

Semua pelajar UTHM adalah dilindungi oleh Skim Insuran Berkelompok, (rujuk Pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk keterangan lanjut).

Jabatan Latihan Industri Pelajar
Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni
UTHM 86400 Parit Raja
Batu Pahat Johor

No. Tel : 07-4537457 / 7590
No. Fax : 07-4536262
Emel : li@uthm.edu.my

Contact US

Jabatan Latihan Industri Pelajar
Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni
UTHM 86400 Parit Raja
Batu Pahat Johor

No. Tel : 07-4537457 / 7590
No. Fax : 07-4536262
Emel : li@uthm.edu.my